Posted by: setiausaha | July 11, 2008

Mesyuarat Agung Kali Pertama

Pengerusi Sementara sedang memeriksa pengiraan undi

Kertas Undi Yang Disediakan oleh AJK Mesyuarat

Kotak Undian. Warna berdasarkan Jawatan yang Dipertandingkan

Pada 11 Julai 2008, bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori, seramai 23 orang Pembantu Tadbir Kesetiausahaan telah pun menghadiri Mesyuarat Agung SATU kali pertama.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (PENAJA) sesi 2006/2008 telah pun dibubarkan. Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif sesi 2008/2010 telah pun dilantik.

Lantikan ini telah dibuat oleh ahli secara undian “senyap” di mana setiap ahli perlu menulis calon yang dirasakan sesuai di atas kertas yang disediakan bagi setiap jawatan.

Pemilihan AJK Eksekutif telah dipengerusikan oleh Pengerusi sementara iaitu Puan Siti Mashani binti A Majid.

Berikut adalah keputusan AJK Eksekutif sesi 2008/2010

  • Pengerusi – Puan Azlina binti Amzah
  • Timbalan Pengerusi – Cik Noraida binti Mohamad Noh
  • Setiausaha – Puan Elfa Laily binti Mohd Tahir @ Ramli
  • Penolong Setiausaha – Puan Nuraida binti Ismail
  • Bendahari – Puan Hazleen binti Kaharudin
  • Penolong Bendahari – Puan Nor Azian binti Mahmood

Di ikut dengan 5 Biro iaitu :

    • Biro Rekreasi – Puan Kamisah binti Jalil
    • Biro Ekonomi – Puan Erni Suhadah binti Mod Husin
    • Biro Kebajikan/Agama – Puan Ardiana binti Abdul Latif
    • Biro Seminar/Latihan – Puan Nor’Emylia binti Mohamed
    • Biro Penerbitan/Publisiti – Puan Zanariah binti Ali
    • Pemeriksa Kira-kira – Puan Norerni binti Abd. Rahman


    Leave a comment

    Categories