Posted by: setiausaha | January 13, 2011

Majlis Ramah Mesra SUP UTeM

13 Januari 2011.. Hari yang penuh dengan makanan yang lazat-lazat..

Yu hu…… Tak percaya??

Masa mula-mula datang mestilah ada door gift kan? Terima kasih kerana BiroKebajikan kerana usaha menyediakan door gift dengan bantuan SUP-SUP yang sudi membantu..

Siapa tak datang tak dapat buku nota, dan pen dan jugak kek coklat yang sedap nih! Rugi kan???

 

Hari yang dimaksudkan tu, adalah hari Majlis Ramah Mesra Setiausaha Pejabat UTeM di mana buat julung-julung kalinya, perjumpaan ini diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara SUP lama dan juga SUP yang baru masuk bekerja di UTeM. Maklumlah kakak-kakak senior nak jugak kenal adik-adik yang muda belia.

Bukan bertujuan untuk mendera tetapi bila dan saling kenal mengenali urusan kerja akan menjadi lebih mudah. Bila sudah saling kenal, ikatan tu akan lebih terjalin dengan lebih mesra tanpa ada unsur-unsur paksaan.

Tema jamuan kali ini adalah berbentuk pot-luck. Huih! bila dah sebut potluck ni, makanan mak aih..! macam SYURGA.

Kak Lela and the gang bawak nasi impit ngan rendang ayam. Pergh! sedap giler.. tapi gambar terlupa nak amik.. hu hu jangan marah ye Kak Lela… lenkali saya pastikan gambar diambil cun-cun punya.

SUP Canselori pula sepakat bawak nasi ayam.

 

 

Ayam, timun dan tomato yang membangkitkan selera

 

Ada juga geng-geng yang bawak buah-buahan. Ada betik, epal, mata kucing.. saper yang sukakan buah-buahan memang berbaloi datang ke majlis nih.

Sumi jelly pun ada tau..!

Geng FKP bawak kuih. Cheese cake dia kalah Secret Recepi. Tak percaya?? ha ha ramai yang cakap sangat sedap kek itu..

Tak lupa juga geng-geng anak dara yang bawak nugget.

Kalau makan nugget ni tiba-tiba alam terasa berada di subuh hening. Sebab anak dara ni gigih menggoreng nugget sampai bangun jam 4.00 pagi

Dan nak tau apa yang paling comel?

Ini dia….

Coklat ini sangat comel sampai rasa tak sampai hati nak makan.. hu hu..

Dan yang paling penting.. SUP semua sangat-sangat gembira berganda-ganda selain dari menggandakan berat badan untuk hari ini.

 

Lain kali buat lagi ye.. seronok dapat makan ramai-ramai nih..!

Kami SUP UTeM yang sangat gembira!!

Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati..!

 

Nota : harap maaf jika ada yang tidak termasuk didalam entry ini. Jangan ada yang kecik hati ye.. saya sayang anda semua..!

 

 

Advertisements
Posted by: setiausaha | December 11, 2008

Kelahiran – Pn. Nor’Emylia Mohamed

10122008

Rasanya, tengok dia lepas bersalin ni lebih seksa daripada tengok dia mengandung

dsc00484

Kejam tak kalau rasa nak gigit je pipi baby nih?

dsc00485

Untuk memastikan ini baby puan Emylia, siap amik tag baby ni lagi (yang ada gambar bear tu) hu hu comfirm memang anak pn Emylia

dsc00486

Ye kawan-kawan, tengok.. itu Biro Kebajikan SATU interframe sekejap ye..

Pn. Nor’Emylia daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah pun selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Pantai.

Untuk makluman ini adalah anak kelima beliau. Beliau telah menjalani pembedahan pada 10 Disember 2008.

Anak beliau yang dilahirkan dengan berat 3.81 kg masih belum bernama sehingga ke hari ini.

Saya akan update sekiranya si comel ini telah pun diberi nama.

Rasa-rasanya ini baby penutup untuk tahun 2008. Moga anak-anak setiausaha UTeM akan menjadi anak yang soleh/solehah, cemerlang dan gemilang lagi terbilang.

InsyaAllah

Posted by: setiausaha | December 11, 2008

Perpindahan

Pada bulan Disember ini,terdapat beberapa PTJ yang telah berpindah ke kampus tetap di Durian Tunggal.

Antara PTJ yang telah berpindah sehingga pada tarikh ini ialah Pejabat Bendahari, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Pejabat Pendaftar.

Pejabat Canselori akan menyusul dalam tempoh terdekat.

Posted by: setiausaha | December 7, 2008

Kelahiran – Pn. Nurhayati bt Mohd Shariff

 

09122008001

Merasa lah “Dak Yat” ni pakai baju pink. Baju kebangsaan wad bersalin Hospital Besar Melaka.

09122008

Orang kata ini gambar kasih sayang..

09122008002

kawan-kawan, itu ibu angkat ‘tak rasmi’ baby Nurain Insyirah.

Salam kawan-kawan semua.

Pn. Nurhayati daripada Pejabat Pendaftar telah selamat melahirkan anak sulong beliau.

Anak perempuan beliau yang diberi nama Nurain Insyirah telah selamat dilahirkan pada 7 Disember 2008 di Hospital Besar Melaka.

Semoga anak beliau akan menjadi anak yang solehah.. Amin….

Posted by: setiausaha | August 28, 2008

Jualan Hari Raya

Edaran buah kurma kepada Pegawai Kanan dan juga catalog jualan kuih raya

Hari ini SATU telah pun mengedarkan buah kurma kepada semua Pegawai Kanan Universiti.

Selain itu, edaran catalog jualan kuih raya turut dijalankan serentak dengan pemberian buah kurma tersebut. Biro Ekonomi turut menyumbangkan hadiah kepada PA yang berjaya mendapatkan jualan tertinggi bagi kuih raya yang dijual oleh SATU.

Hadiah tersebut dianggap sebagai satu insentif bagi semua PA untuk melipat gandakan usaha dalam menjana pendapatan SATU.

InsyaAllah..

Hadiah pinggan vintage sempena jualan tertinggi

Posted by: setiausaha | August 12, 2008

Kelahiran – Pn. Noor Azian bt Mahmood

 

Pn. Noor Azian daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan telah pun selamat melahirkan anak perempuan pada 12 Ogos 2008. Bayi comel itu diberi nama Humaira Batrisyia.

Buat sementara tempat Pn. Noor Azian akan digantikan oleh Cik Nur Hidayah bt Mustafah.

Gambar si Comel akan di paste kemudian yer kawan-kawan…

Posted by: setiausaha | August 5, 2008

Lawatan Biro Kebajikan

Biro Kebajikan iaitu Cik Ardiana binti Hj. Abd. Latif bersama dengan Pengerusi SATU telah pun melawat Pn. Noor Azian binti Mahmood di Hospital Besar Melaka.

Beliau telah ditempatkan di wad berikutan diserang demam panas.

SATU telah menyumbangkan sumbangan berupa buah-buahan dan juga sedikit wang tunai kepada beliau.

Semoga Pn. Noor Azian akan segera sembuh dan dapat menjalankan tugas beliau di UTeM. InsyaAllah

Posted by: setiausaha | July 30, 2008

Takziah

SATU mengucapkan takziah kepada Pn. Noor Azian binti Mahmood kerana kepulangan ayahanda beliau ke rahmatullah.

Beberapa ahli SATU turut melawat beliau di Ayer Hitam, Muar Johor.

Semoga roh ayahandanya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Posted by: setiausaha | July 28, 2008

Penstrukturan Semula

 

 

Berikut adalah senarai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) setelah  penstrukturan semula secara besar-besaran berkuatkuasa pada 21 Julai 2008.

Naib Canselor                    –              Noraida binti Mohamad Noh

Timbalan Naib Canselor (A& A)-                Siti Mashani binti A. Majid

Timbalan Naib Canselor (P & I)- Nor’Emylia binti Mohamed

Dekan HEPA                       –              Azlina binti Amzah

Pendaftar                            –              Nurhayati binti Sharif

Bendahari                           –              Rina Arianty binti Hashim

Ketua Pustakawan          –              Zulaiha bitni Md. Ali

Dekan FKEKK                     –              Ardiana binti Abdul Latif

Dekan FKE                           –              Kamisah binti Jalil

Dekan FKM                         –              Sharniza binti Zainudin

Dekan FKP                          –              Noor Azian binti Mahmood

Dekan FTMK                      –              Lela binti Omar

Dekan PBPI                         –              Rohayati binti Abdullah

Pengarah, Pembangunan & Pengurusan Aset –  Nuraida binti Ismail

Pengarah Pusat Komputer –        Khairul Nadiah binti Md Di

Dekan UNIC                       –              Nuraisah binti Abdul  Wahab

Dekan IPTK                         –              Sa’adiah binti A. Aziz

Pengarah PJKA                  –              Sarinah binti Abd. Jalil

Pengarah PPP                    –              Erni Suhadah binti Mod Husin

Dekan PPS                          –              Norerni binti A. Rahman

Penerbit Universiti          –              Yang Chik binti Abdul Rahman

Pengarah BPAK                 –              Hazleen binti Kaharudin

K.Tim. Pendaftar  (Canselori)-    Zanariah binti Ali

K.Tim. Pendaftar  (HEPA)-            Siti Roheizah binti Mohni

Timbalan Pendaftar        –              Noor Syilawati binti Ahmad

Pemangku Tim. Pendaftar (BPA)-  Elfa Laily binti Mohd Ramli @ Mohd Tahir

Arkitek Landskap Kanan –             Rahayu binti Omar

Timbalan Bendahari        –              Siti Zuriana binti Omar   

               

               

               

 

 

Posted by: setiausaha | July 18, 2008

Pertukaran Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

Pada 21hb Julai ini, akan berlaku pertukaran Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) secara menyeluruh. Hampir 98% Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkhidmat di UTeM akan bertukar tempat bertugas.

Perubahan ini dirasakan perlu memandangkan terdapat beberapa Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang telah berkhidmat hampir 7 tahun di satu-satu jabatan semenjak UTeM ditubuhkan.

Sehubungan dengan itu, diharap agar pertukaran ini akan membawa perubahan kepada semua Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) selain daripada dapat menimba lebih ilmu apabila berada di tempat baru.

Semoga pertukaran ini akan membawa rahmat dan kelebihan di dalam memberi nilai tambah terhadap kualiti setiap Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

InsyaAllah.

Older Posts »

Categories